Assalamualaikum semua...
2 bulan lepas zara dan ahli kumpulan tesis zara berada di Mersing Johor bagi pengumpulan data. Pelbagai pengalaman yang ditimba duduk di negeri orang. Ini baru dalam Malaysia dah macam-macam pengalaman dapat, kalau student oversea nu haa, mesti lagi banyak kan pengalaman diorang.
Kami menetap di Felda Tenggaroh 4 selama sebulan dan kemudian berpindah ke Felda Nitar 02 untuk tempoh sebulan juga. Kerenah manusia jangan cakap la, macam-macam ada seperti yang baik, kurang baik, tidak baik, tidak baik langsung. Hehe.
Dalam masa 2 bulan ni juga, kami kena prepare program untuk golongan kelainan upaya (OKU) bagi pelatih daerah Mersing iaitu sebanyak 5 buah PDK. Setiap malam zara dan rakan-rakan bersengkang mata bagi memastikan program yang bakal dilaksanakan berjalan dengan lancar.
Program berlangsung pada 13/6/2013 (Khamis : Dewan Serbaguna Felda Tenggaroh 02) dan 15/6/2013 (Sabtu : Sekolah Kebangsaan Bandar Endau).
Macam-macam aktiviti kami buat, siap masuk paper berita harian dan harian metro lagi. Yang best masuk 3 kali paper. hehe..
![]() |
| Harian Metro 21 Jun 2013 (Jumaat) |
![]() |
| Berita Harian 25 Jun 2013 (Selasa) |
![]() |
| Berita Harian 17 Julai 2013 (Rabu) |







No comments:
Post a Comment