Pages


Search

Wednesday, July 17, 2013

Kisah budak lepasan matrikulasi

Ceritanya sudah lama terbuku dalam dada dengan pelbagai kenangan. aku hanya menceritakan semula detik aku di kolej matrikusi. aku merupakan pelajar program dua tahun di sebuah matrikulasi Malaysia. Di kolej matrikulasi kedah ini merupakan titik permulaan untuk aku melakar kehidupan aku seterusnya. Soalan pertama dalam hati aku, "BETUL KE AKU DAPAT MATRIK". Soalan ini terus bermain di dada sepanjang perjalanan aku ke kolej kerana result SPM yang ku dapat tidaklah sehebat rakan-rakanku yang lain. Bak kata orang rezeki daripada ALLAH, aku terima dengan redha dan bersyukur dengan pemberian yang sangat bernilai. Nikmat ini akan ku hargai untuk ku mengubah nasib keluargaku yang bertungkus lumus mencari rezeki yang halal untuk membesarkan aku sehingga aku berjaya... Keringat mamaku yang tidak pernah putus asa dalam mencari sesuap nasi untukku akan ku jadikan semangat ketika belajar kerana hanya dia adalah mamaku yang tiada gantinya.

Setibanya aku di kolej matrikulasi kedah, mamaku parkirkan kereta waja 1.6 silver di perkarangan dewan. Aku dikehendaki melaporkan diri di perpusatakaan. Penat juga mencari perpusatakaannya haa, walaupun taklah besar sangat kolej tu, tapi bangunan ye sama aje. Aku meminta ibuku menemaniku untuk melaksanakan proses pendaftaran. Mamaku berkata "KAK, PERGI LA CARI, BELAJAR BERDIKARI", aku membuat muka seposen, dalam hatiku berkata "ALA LECEHNYA NAK CARI SORANG-SORANG, DAH LA MALU, MANA PULAK AKU NAK RODONG NI". Aku cuba untuk memujuk mamaku untuk menemaniku, tetapi usahaku sia-sia sahaja. Mamaku tetap dengan pendirinya di mana inginkan anak dara dia berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain. 

Aku bertanya kepada ramai orang dimana terletaknya perpustakaan kolej bagi memastikan aku tidak sesat. Walaupun segan dan malu, aku endahkan sahaja. Akhirnya, aku jumpa juga tempat yang aku ingin tuju. Tiba-tiba salah seorang pelajar Kolej Matrikulasi Kedah menyapaku dan berkata "AWAK PELAJAR BARU KE" aku membalas "YE SAYA". Kemudian dia membalas percakapanku "AWAK BOLEH NAIK ATAS DAN MASUK MAKMAL KOMPUTER". Aku pun balas " BOLEH X SAYA NAK BAWA MAMA SAYA SEKALI'. Jawapan fasilitator " TAK BOLEH LA DIK, DOK SINI KENA START BERDIKARI HEHE". Geram pun ada. Tapi betul jugak apa dia kata. Aku teruskan langkahku menaiki anak tangga satu persatu. Perasaan di dada tidak dapat ku tahan, bunyinya amat kuat dan bibirku macam nak enjin bot ja getarannya. Setelah selesai urusan pendaftaran aku mula bergerak ke kolej B untuk pendaftaran asrama.

Sewaktu pendaftaran asrama semuanya berjalan lancar. Aku mendapat bilik di aras 4. Wah, penat juga la naik turun tangga ni. Maklumlah lama sangat dah dok kat rumah. Padahal rumah sendiri pun ada tangga. Almaklumla rumah kuarters hospital. Mamaku seorang jururawat yang sangat bertanggungjawab terhadap pesakit-pesakitnya. Hampir kesemua pesakitnya ramah dan mesara dengan mamaku. Alhamdulillah ALLAH permudahkan karier ibuku sebagai JURURAWAT yang sedia untuk orang memerlukan.

Aku mula pengajianku dengan bertungkus-lumus. Selama aku berada di Kolej Matrikulasi Kedah, aku berjaya mengenal diriku dan kebolehanku serta teknik pembelajaranku yang tidak pernah ku ketahui semasa di bangku sekolah. Itula, orang suruh belajar kat sekolah yang aku sibuk main buat apa. Kalau dari dulu aku belajar mengenal diri sendiri, mana tahu rezeki aku ke luar negara AKA berangan je. hehe... Aku berjaya mencapai keputusan yang cemerlang yang tidak pernah ku sangka ku mampu memperolehnya. Alhamdulillah rezeki ALLAH dan kesungguhanku menuntut ilmu...

Selepas tamat pembelajaran di Kolej Matrikulasi Kedah, aku hanya duduk dirumah dan menanti penggilan ipta. Alhamdulillah doaku termakbul untuk meneruskan pelajaranku ke menara gading dengan tawaran SARJANA MUDA DIETETIK DENGAN KEPUJIAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

2013 : PENUNTUT UKM KAMPUS KL PROGRAM DIETETIK TAHUN 3

No comments:

Post a Comment

Kuih Rojak Resepi mama zara

640 Ml. kicap pekat
480 gm otak udang
50 biji cili kering
1 kilo gula putih
1 kilo gula merah
400 gm tepung jagung
belacan, garam dan asam jawa.

1. Masak gula merah dan tapiskan
2. Rebus cili kering dan kisar sehingga lumat bersama belacan dan tapis.
3. Perah air asam jawa dan masukkan semua aduanan kedalam kuali dan kacau sehingga pekat.

3. Bahan sampingan - kacang dan bijan.