Pages


Search

Thursday, July 18, 2013

Kebahagian Hati adalah Dengan Mengingati ALLAH SWT

Seluruh dunia hari ini digemparkan dengan perkahwinan kedua Ashraf Muslim iaitu suami kepada pegawai perubatan Dr Dayana. Zara tersentuh dengan puisi yang diluahkan di account  Facebook beliau iaitu

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah


Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…



Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan



Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu



Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah



Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia



Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand



Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan


sumber : rotikaya

Moga Dr Dayana diberikan kekuatan untuk mengharungi dugaan perkahwinan ini. Sungguh berat dugaan ini bagi beliau, namun di sisi Allah beliau disayangi oleh ALLAH kerana semakin berat dugaan semakin sayang ALLAH kepada hambanya. 





No comments:

Post a Comment

Kuih Rojak Resepi mama zara

640 Ml. kicap pekat
480 gm otak udang
50 biji cili kering
1 kilo gula putih
1 kilo gula merah
400 gm tepung jagung
belacan, garam dan asam jawa.

1. Masak gula merah dan tapiskan
2. Rebus cili kering dan kisar sehingga lumat bersama belacan dan tapis.
3. Perah air asam jawa dan masukkan semua aduanan kedalam kuali dan kacau sehingga pekat.

3. Bahan sampingan - kacang dan bijan.