Pages


Search

Tuesday, December 28, 2010

dah mula sibukk dahh... aduhh...

assalamualaikum...
you guys... sihat ker??? harap you guys sihat la yerkk..
tup tap tup tap... zaralaura dah 2 minggu dok kat kl...
mama i miss u lahhh.. huhu
dah masuk minggu ke 2 ni kesibukkan mula terasa... aduh.. penat jugak ni...
hari ni zaralaura ngan group amali masuk lab..
1st time dalam sejarah la... masuk lab pakai aparonnn.. memang best dan xserabut kepala lah..
main dengan makanan memang best... siap boleh makan lagi makanan yang dimasak..
ukhuwah memang terjalin di antara sahabat... lepas tu.. kami diberi kebenaran pulak guna je pekakas dalam lab tu.. ikut la gula ke garam ke... buat cam dapur sendiri la katakan hehe...
tahun baru nak start dah ni... aduh... takut nak hadapi kehidupan yang mencabar bila umur dah meningkat sikit demi sikit niiii.... apa plan you guys tahun baru ni agaknya yerk... apa azam you guys semua..
hajat2 you guys dalam tahun ni dah tercpai dengan jayanya ker... share la ngan zaralaura.. mana tahu boleh jadi azam zaralaura pulak tahun 2011... hehe..

Saturday, December 18, 2010

PART TIME WORK + WINDOW SHOPPING

Assalamualaikum you guys...
thanks sbb sudi jadi follower zaralaura hehe...
hari ni zaralaura buat part time job dengan kawan.. Nama dia Norfazliyana mohd jamil @ yana jer hehe... Zaralaura tolong dia edarkan pamplet untuk introduce kedai dia.. Lokasi kami ialah Pekan pagi sg bayor, Perak.. Tempat ni memang agak famous gak la kat tempat zaralaura sbb barang2 memang murah terutama tudung2 zaman skang kan.. xrugi la nak bershopping time cuti sekolah hehehe... memang berbaloi..  Zaralaura kena edarkan pamplet insuran kat semua orang.. muka ni memang malu sngat2 la.. aduyai baru rasa mcm mana perasaan orang yang dok buat direct selling.. memang sangt letih dan memalukan plus sakit hati hehe.. sakit hati tu bila orang xnak amik pamplet 2. hehe.. xpe pengalaman mengajar.. pengalaman penting untuk kegunaan kehidupan masa hadapan.. Untuk buat kerja seperti ini muka mesti mau senyum selalu dan jangan memaksa orang untuk menerima.... Senyum itu pengubat hati yang amat mujarab.. Jadi SENYUMLAH SELALU :)

Thursday, December 16, 2010

KMK DI HATIKU

Assalamualaikum buat semua...
malam ni zaralaura tetiba rasa rindukan KMK ( Kolej Matrikulasi Kedah )
Rindu pulak suasana kmk.. rindukan pensyarah2 yang baik hati lagi berhati mulia... hanya ALLAH yang dapat balas jasa mereka yang telah mengubah setiap insan yang kurang berilmu kepada berilmu..
zaralaura rindukan kawan2 waktu kat matrik dulu.. dari cni zaralaura dpat cari kawan seramai yang mungkin dari setiap negari hihihi... Alhamdulillah zaralaura dah dapat kawan dari setiap negeri..
Buat kawan PDT dulu.. you guys memang best la.. hepi selalu.. we like family when in the class. Teringat pulak pasal drama BI yang kita buat dulu.. hehe.. Xsangka jugak la zaralaura dapat belakon jadi mak hihihi walaupun 1 scene jer pun... hehe...Buat roomate time PDT Nik Salwani, Fara Ain and Trah.. you guys memang cool bersama la hehe.. Hope we keep touching each other la hihi... kawin jangan lupa ek jemput.. Untuk roomate roomate PST Aziah n Yana.. tima kasih banyak2 dah hiburkan hati zaralaura.. you guys pun memang best la.. serasi bersama hehe.. Rajin2 la contact hehe... Kat KMK la zaralaura baru pass buat roket air kat sek dulu xreti pakai buat jer hehe... itupun orang ajar hehe..  bagi kawan2 yang lain, zaralaura sangat seronok dapat kenal you guys memang you guys sporting xkira walaupun zaralaura XPDT..




















BUAT H6T2 (A) & (B) Kenangan yang paling best waktu kita pegi langkawi sama2.. xsangka kita boleh capai silaturrahim begitu hehe.. TRIPS TO LANGKAWI memang best dan terima kasih buat EN NAZRI DAN EN MAZLAN yang mengiringi.. Untuk paah, fara ain, wani, trah, azi, miza, yana, aishah, munirah TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA SEBAB DAH BUAT HIDUP ZARALAURA CERIA DI KMK

Wednesday, December 15, 2010

JALAN - JALAN MELEPASKAN KEBOSANAN

hari jumaat lepas 10.12.10 zaralaura dengan kawan2 pergi ke pasar pagi sungai bayor..
kami jalan hampir 1 jam 30 minit hehe...
banyak benar la gerai... yang paling zaralaura minat sangat dengan pasar pagi ni banyak benar la gerai tudung hehe... murah2 pulak 2.. xrugi zaralaura pergi dapat gak habuan 2 helai tudung hehe...
lepas zaralaura dengan kawan2 menghabiskan masa kat pasar kami p berendam kaki pulak kat lata tebing tinggi yang indah lagi permai.. hehe..
sejuk hati tgok air terjun yang cantik... sejuk bebenar la airnya... sapa nak camping kat cni boleh gak ( suggestion ) hehe...
tgok la pic yang kawan zaralaura ( ajeerah ) tangkap ni buat tatapan anda hehe






8 LANGKAH UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

hari ni zaralaura nak share dengan you guys tentang gaya hidup sihat...
ada 8 gaya hidup sihat


1) PEMAKANAN


2) UDARA 


dalam udara mempunyai oksigen. Oksigen ini penting untuk membakar makanan di dalam sel - sel badan untuk membina tenaga yang diperlukan untuk kehidupan seharian


3) AIR 


setiap insan digalakkan minum minimum 6 gelas sehari iaitu


- 2 gelas sebelum breakfast ( untuk membuang mukus yang tersimpan sepanjang waktu malam )
            
- 2 gelas untuk lunch
           
 - 2 gelas untuk dinner
            
Air penting untuk buah pinggang untuk menapis darah dan membuang bahan buangan yang tidak diperlukan, air jugak penting untuk kulit untuk membuat kulit lebih tegang dan sihat, tambahan
pula air jugak penting untuk tulang supaya tulang lebih kejal dan kekerasan.


4) MATAHARI 


 matahari amat penting dan sumber semulajadi untuk kesihatan manusia. matahari berfungsi
                 a) membekalkan vitamin D
                 b) membunuh kuman berpatogen
                 c) tonik untuk kesihatan manusia
                          
* tetapi pada masa ini you guys dinasihatkan jangan terlalu terdedah dengan cahaya
   matahari yang terlalu lama kerana lapisan ozon dah semakin nipis jadi pelbagai penyakit
   akan timbul.


5) REHAT 


 pernahkah anda terpikir, kadang2 penyakit kanser boleh berlaku ke atas seseorang disebabkan
 tertekan. Oleh itu kita disarankan perlu mendapat rehat yang secukupnya. Bagi orang dewasa
 rehat yang minimum ialah 7 jam.


                           * serangan jantung  sering berlaku di antara 9am - 12pm


6) SENAMAN 


Senaman penting untuk setiap insan. Buat pengetahuan you guys jika kita meluangkan masa
40 minit/seminggu untuk melakukan senaman, you guys berisiko untuk mengidap penyakit
jantung dan peredaran darah yang kecil. Oleh itu masa yang disarankan untuk bersenam
ialah 30 minit setiap kali senaman dan dilakukan 3 kali seminggu. Senaman yang paling
ringkas ialah BERJALAN.


7) KURANGKAN PENGAMBILAN TOKSIN 


- Contoh toksin ialah ( dadah, kopi, minuman beralcohol dan tembakau )
                                                                            
- contoh lain ialah perangsang tiruan ( kafein, kokain, alcohol dan nikotin )


8) MENTAL YANG SIHAT 


 keyakinan dan iman yang tinggi akan membentuk mental yang sihat dan jiwa yang tenang dan membina kesihatan yang baik


harap you guys dapat info tentang gaya hidup sihat..
sama2 kita mencuba...

Monday, December 13, 2010

PETUA UNTUK MELEMBUTKAN HATI SUAMI...

Hari ni zaralaura nak update blog sebab zaralaura dah lama xupdate..
hehe maaf ye...
hari ni zaralaura nak kongsi info2 bagi sapa2 nak kawin ke or yang dah kawin kan...
bg kita belum masa lagi kot... hehe.. tapi berikan info ini kepada sedara2 you guys yang dah kawin or bakal
mendirikan masjid.. hehe..

Petua Untuk Melembutkan Hati SUAMI

Zikir Pelembut Hati - Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut



1. Ya Aziz

2. Ya Jabbar

3. Ya Mutakabbir



Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.



4. Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

5. @ baca doa Nabi Ibrahim surah Anbiya' ayat 69

Yaanaa rukuni bardau wasalaaman A'laa ............. ( sebut Nama si dia - suami @ Isteri @ sesiapa )

Thursday, December 2, 2010

PETANG YANG DISULAMI HUJAN

Khamis : 2 disember 2010
start petang hujan saja... nasib baik berhenti sat... boleh zaralaura dengan sepupu NUR AZIERA p jalan2 kat pasar malam....
dua ingin melepaskan kebosanan dengan melihat makanan2 yang hmmmpppp memang bestzzz... walaupun
xla bnyak sangat gerai yang bukak kan...
zaralaura ngan sepupu jalan2 tetiba kami terstop kat satu gerai ni...
dah lama dah mengidam ni.... kalau ada sambal cicah buatan sendiri memang terangkatla....
agak2 you guys apa yek.... hahahahahaha................
zaralaura ngan sepupu jalan lagi... 
memang best la pusing2 pasar malam... walaupun sekejap kan..
xboleh la lama2 sangat... langit dah gelap....
k la... ini je zaralaura nak cita... 
saat keboringan melanda petang ni...
tulis pun merapu2 haha...
harap you guys xpening la yek... hehe
k la....
daaa... jalani hidup you guys dengan aktiviti yang x membuatkan diri anda dilanda wabak KEBOSANAN!!!!!
ASSALAMUALAIKUM......  


ISLAM MENGANGKAT DARJAT WANITA



Mengutamakan ibu ke atas bapa.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?”

Baginda menjawab, “Ibumu!”

Lelaki itu terus bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Lelaki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Sekali lagi lelaki itu bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bapamu!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak perempuan menjadi penyelamat di akhirat.
“Barang siapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya dari api neraka.” (Riwayat Bukhari) Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan.

Wanita bukan hamba lelaki tetapi setaraf dari segi nilai kemanusiaan bagaikan adik beradik.

“Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki.” (Riwayat Abu Daud)

Amal soleh wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf.
“Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.” (Surah al-Nisa’: 124)

Hak wanita diiktiraf.
Umar al-Khattab r.a. berkata, “Pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikitpun. Tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami.”



PETUA : ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

TRIPS TO MUSEUM PERAK... welcome to PERAK....

zaralaura dengan mama zaralaura jalan2 rileks minda kat taiping after mama zaralaura habis keja yang patut mama zaralaura selesaikan...
asalnya zaralaura ngan mama zaralaura nak pegi bukit larut
tapi hajat x kesampaian bila penjaga tiket kata " MAAF KAK TIKET HABIS!!!!!"
waa.... sedih gak huhu....
jom tgok pic zaralaura ngn mama zaralaura... nak comment pun boleh... hehe

tulang rangka gajah
 mama zaralaura dengan leopard kott


zaralaura dengan tenggeling... sapa nak kulit ??? buat beg haha
mama zaralaura dengan replika seladang... uuuuhhh besar 

giliran zaralaura pulak dengan seladang.. cheeesseee....
                                                             zaralaura dengan burung hantuuuuuu!!!!


mama zaralaura dengan landak... sapa nak bulu landak 2 amik la... buat penanda buku
pun ok gak
                                                            ada jugak replika pak cik petani... memang best


budak 2 berkata pada mama zaralaura
" mak cik mak cik nak main bunga api x???? "
mama balas " xboleh la dik... nnti terbakar muzium kang... kecian pak cik kat cni xleh cari makan hehe "
                                                  tgok baik2 patung belakang tuuuu
                         

THE BEGINNER


Assalamualaikum.....
Hai... kawan2..
tepat jam 1 pagi bertarikhkan 2 DISEMBER 2010
zaralaura terbuka hati nak buat blog... apa yang telah buat zaralaura nak buat yek??
zaralaura pun xtahu kenapa....
harap you guys boleh tolong zaralaura upgradekan blog zaralaura...
hehe...
skang zaraluara dok umah je.... tengah cuti sem ( dah nak habis dah pun )
hehe...
you guys boleh share pengalaman dalam blog ni
harap2 kawan2 lama2 dapat join n jadi follower zaralaura...
selain berfacebook.. kat blog pun boleh rapatkan silaturrahim
betul x???????
ok la zaralura nak tamatkan post pertama setakat ni jer
xdak idea sudah hehe...
SELAMAT MENJALANI HARI - HARI TERINDAH DENGAN SENYUM SELALU... DENGAN INI INSYAALLAH HATI AKAN SENTIASA TENANG DAN KELIHATAN MUDAH..

Kuih Rojak Resepi mama zara

640 Ml. kicap pekat
480 gm otak udang
50 biji cili kering
1 kilo gula putih
1 kilo gula merah
400 gm tepung jagung
belacan, garam dan asam jawa.

1. Masak gula merah dan tapiskan
2. Rebus cili kering dan kisar sehingga lumat bersama belacan dan tapis.
3. Perah air asam jawa dan masukkan semua aduanan kedalam kuali dan kacau sehingga pekat.

3. Bahan sampingan - kacang dan bijan.