Pages


Search

Wednesday, June 27, 2012

BILA HABIS EXAM


27.6.2012 (Rabu) 
Tempat : Kolej Tun Syed Nasir, UKM kampus Kuala Lumpur

Hmmmm.. Hari ni habislah penyiksaan zara ngan kawan2 yang dh berjuang hampir 2 minggu lebih untuk jawab final paper tahun 2.. rasa lega dapat habiskan semua paper. Amin... tenang sikit hati... Apa lagi, zara pas habis exam mula nak menghabiskan duit... adoiii apa nak jadi ngan zara ni.. xpe2 bukan selalu nak boros cmni cuma after exam je buat hahahahaha....

Bagi teman2 ku yang masih lagi dalam mood exam, teruskan usaha anda, fokus pada study anda.. tenangkan hati.. kalau time baca buku tu rasa gelisah, xleh nak fokus, xleh nak menghafal.... amik la wujud , dirikan solat, baca AL-QURAN, berzikir, al-fatihah untuk ibu bapa dan baca surah Insyirah 9 kali.. cubalah insyaAllah anda pasti akan tenang tapi kena niat kerana Allah SWT.. selamat mencuba teman2.. Zara mendoakan yang terbaik untuk kalian


Tuesday, June 26, 2012

Raya dah nak dekat ni... anda boleh try resepi ni untuk biskut raya tahun ni dirumah anda.. selamat mencuba


Choc Roshe
Bahan-bahan
400 gm tepung gandum (3 1/3 cup)
80 gm tepung jagung (1/2 cup)
120 gm gula icing (1 cup) 
100 gm badam mesin
1 biji telur merah
350 gm buttercup
Coklat masakan
1 kilo kacang tanah telah dikisar
Paper cup
PENYEDIAAN BAHAN
BAHAN A
1.      Ayak tepung gandum sebanyak 3 kali
BAHAN B
1.      Masak badam seketika
2.      Sukat tepung jagung dan ayak
3.      Satukan badam dan tepung jagung di dalam 1 bekas
BAHAN C
1.      Sukat gula icing dan masukkan ke dalam 1 bekas
2.      Masukkan buttercup ke dalam bekas yang mengandungi gula icing
3.      Putar kedua-dua bahan sehingga putih
4.      Apabila putih masukkan telur merah ke dalamnya
CARA PEMBUATAN
1.      Campurkan Bahan B ke dalam Bahan C
2.      Putar kedua-dua bahan tersebut
3.      Masukkan Bahan A sedikit demi sedikit sehingga menjadi 1 doh
4.      Bulatkan adunan sebesar guli
5.      Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada 180ᵒC selama 10-15minit


KASIH IBU YANG TIDAK TERHINGGA

mama zara ROBIAH BT ALI.. LOVE U MAMA


Betapa besar jasa ibu pada kita,
Ibu banyak berkorban demi hidup kita.
Ibu bersusah payah melahirkan kita,buah hati yg sgt dia sayang.
Betapa ibu sayang kita semenjak dlm kandungan.
Walaupun ibu terpaksa menahan loya,walaupun ibu juga terpaksa muntah kerana kehadiran kita di dalam rahimnya.
Inilah derita yg selama ini kita tidak pernah ambil tahu,kita hanya tahu bahawa mereka adalah ibu kita.Kita tidak pernah mahu bertanya betapa susahnya ibu berjuang mengandung dan melahirkan kita ke dunia ini.
Semuanya itu tidak dapat menghapuskan bahagia dihatinya.
Ibu bahagia kerana memiliki kita,sebagaimana kita sepatutnya bahagia apabila memiliki dia.
Pesanan utk semua anak,sayangilah dan hargailah ibu anda dengan segenap jiwa anda.
Pesanan utk semua suami,cintailah isteri anda dgn sepenuh hati di atas pengorbanan mereka mengandung,melahir,menyusu dan mendidik anak.



daripada post Ustazah Bahiyah.. semoga kita mendapat pedoman bersama

Thursday, May 26, 2011

lirik dikir barat special edition

DIKIR TERIMA KASIH
Kami semua pelajar KTSN
Rasa sangat berbesar hati,
Dapat ikut program ini,
Sambil-sambil makan angin,
Terima kasih pada penganjur,
Dan juga rakyat di sini,
Tanpa rasa berat hati terima kami di sini.

Terima kasih 3x
Dari kami

Felda Ayer Hitam nama diberi,
Suasana nyaman sekali,
Masyarakatnya berbudi ,
Hidup dalam suasana harmoni,
Susah payah kami di sini,
Bantuan sentiasa diberi
Tanpa letih tanpa lesu, bantu kami di sini.

Terima kasih 3x
Dari kami

Kami semua berbesar hati,
Rakyatnya berbudi pekerti,
Hidup dalam integriti,
Kerjasama dan toleransi,
Dari awal sampai hari ini,
Aman bahagia kami di sini,
Masyarakat berwibawa kami pun sanjung tinggi.
 
Terima kasih 3x
Dari kami.

Terima kasih pada penganjur,
Dan juga rakyat di sini,
Segala budi hormat sanjung,
Kami semua berundur diri,
Segala salah dan kelemahan,
Kami mohon sepuluh jari,
Harap-harap kita semua jumpa lagi.

Terima kasih 3x
Dari kami.

dikir barat kampus kl

PERPISAHAN SAHABAT

25 MEI 2011
hari ni zaralaura ada dinner ngan kengkawan mama zaralaura sempena perpisahan diaorang.. maklumlah dah nak pencen semua.. huhu sedih pulak.. xdapat dah nak dok kat kuarters... banyak benar kenangan zaralaura kat hospital selama.. mana taknye sejak lahir lahir dok kat cni.. nak pisahakan bagaikan xmampu je.. huhu.. hujung tahun ni mama zaralaura dah nak pencen follow with her friends... pada kengkawan yang penah bagi kenangan kat umah zaralaura, harap korang xsedih la ek.. moga kenangan yang kita ukir ni sentiasa ada dalam hati korang jgn buang2 ek.. xbaik tau hehe.. Dinner ni memang best la.. para ibu bapa yang come bg support yang memberangsangkan. supporting la you guys.. ada yang menari, menyanyi n xtahan bersajak pun ada.. bukan sajak tiruan tapi sajak bikin sendiri ooo... jgan main2.. ingat nurse2 ni pandai cucuk orang je ke... sastera2 pun terror... kalau dapat himpun bebudak hospital yang dulu kala penah main sama2 ngan zaralaura sure lagi happening... kire cm gathering gitu.. wahh... kat bawah ni ada la ckit picture yang zaralaura dapat snap.. ada yang xberapa nak clear

Wednesday, May 25, 2011

NUR KASIH THE MOVIE

24 MEI 2011 (SELASA)

hari n bertarikh di atas zaralaura, mama yang tersayang, umi (anak sedara) n kak g my cousin pegi sunway carnival mall... hehe apa lagi buat kat cni kalau xatgok wayang.. NUR KASIH THE MOVIE jadi pilihan zaralaura.. movie ni memang best.. tgok malam2 baru layan perasaan kan hahaha.... sedih ada, romatik ada, action ada.. memang cukup lengkap la.. xrugi tgok cita ni... but bagi sesapa yang xminat cita slow2 ni.. susah la.. takut tertidor pulak dalam panggung kang hehehe....
cita NUR KASIH ni macm besa la ketabahan NUR AMINA (TIZ ZAQIYAH)... dalam cita ni alia isteri aidil dah kembali ke rahmatullah sebb accident... aidil dikurniakan 2 cahaya mata laki n pompuan.. yang pompuan 2 adik mia sara la.. sangat comel la dia dalam movie ni.. Nur amina mengalami 2 kali keguguran dan dia sangat sedih namun hati yang kuat dia tabahkan hati menerima ujian ILAHI.. adam n nur melancong ke jordan untuk tenangkan fikiran dan mendekatkan diri dengan ALLAH.. adam ni mengalami masalah dalam jantung sbb ada bahan kimia yang terlekat dalam badan dia waktu letupan di mumbai kot waktu dalam nur kasih the series at tv3.. pastu nak tahu lagi korang suma kena la p tgok wayang... SELAMAT MENONTON!!!!!!!!!!!!!!!



Kuih Rojak Resepi mama zara

640 Ml. kicap pekat
480 gm otak udang
50 biji cili kering
1 kilo gula putih
1 kilo gula merah
400 gm tepung jagung
belacan, garam dan asam jawa.

1. Masak gula merah dan tapiskan
2. Rebus cili kering dan kisar sehingga lumat bersama belacan dan tapis.
3. Perah air asam jawa dan masukkan semua aduanan kedalam kuali dan kacau sehingga pekat.

3. Bahan sampingan - kacang dan bijan.