Hai...
Besala... bukan kaki blogger, tapi nak update jugak. :D
Demam Adam Hawa dah berlalu, skang tiba la masa lak demam Drama Bersiri Hingga Hujung Nyawa... Oppppss Salah pulak, Setia Hujung Nyawa la...
Setia Hujung Nyawa ni hasil terbitan SUHAN production, sama la jugak ngan Adam Hawa, cita ni adaptasi novel terlaris SETIA HUJUNG NYAWA.
Zara xbaca lagi, tapi tengok cita best and SWEEEETTTTTT sangat tgok Zain Hakimi and Ersalina. ( Tq to kawan Zara yang suggest cita ni)
Skang ni cita ni dah episod 24, tinggal 4 episod lagi nak habis.. Harap happy ending la kan, supaya semua penonton puas hati.. (Luahan sebagai penonton)
Bila tgok cita ni, teringat pulak la pasal nikah kahwin pada usia muda. Tahniah diucapkan kepada Kawan2 Zara yang dah mendirikan rumah tangga, yang dah bertunang, yang akan bertunang, yang dah mempunyai anak. Sejuk hati tengok korang. Macam best pulak kahwin awal... (nak jugak leh x hehehe :P)
Harap masa Zara akan tiba kelak ( kawan2 doakan ye, Zara doakan kepada kawan2 mendapat jodoh yang dirahmati ALLAH SWT, AMIN)
Sambung balik ngan drama adaptasi novel, Drama bersiri Sehangat Asmara (Rita & Adi Putra), best jugak.. Jangan lupa tengok Astro Mustika HD Saluran 143 (Isnin-Rabu SAHAJA)





No comments:
Post a Comment