Pages


Search

Friday, February 1, 2013

Ohhh Catering

Hari ni cuaca ok.
Zara bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana ALLAH mengizinkan Zara menghirup udara yang segar 
dipagi sehingga kemalam hari..
Hari xla busy pun. (Hari2 pun xbz cuma buat2 busy : boleh x nak cakap macam ni XOXO)

Start pukul 430 petang, mula la tugas Zara sebagai mak sedara kepada anak buah ni haa Adiela Adnan. P amik si dia kat stesen bas Butterworth. 
Zara xtau jalan tapi redah jela. Nasib baik ada SIGNBOARD... TQ SIGNBOARD.
Time ni la Zara nak berterima kasih kepada individu yang bertungkus lumus buat SIGNBOARD untuk orang ramai. Ternyata la SIGNBOARD ni banyak kegunaan dia hehe

Lepas amik si dia, si dia kena teman Zara lak gi shopping baju and seluar untuk pratical catering.
Jenuh pusing area BM cari JUSCO PERDA aiiihhh.. Nampak sangat buta jalan hahaha. 
Akhirnya p mai p mai jumpa juga JUSCO PERDA..
Sememangnya tahu dah, kat JUSCO bosan, tapi nak gi jugak alang dah kuar kan. 

Aiihh, lama xpekena lasagna akhirnya dapat jugak hehe. Sekali sekala makan xpe, jangan sokmo, duit melayan badan menaik. hehe. Lepas makan gi la cuci mata dalam JUSCO dapat seluar slack je. Baju kemeja putih xdapat. Sedih.. Sah2 kena p SOGO cari, banyak pilihan. huhuhu...

Alamak ai, kasut xbeli lagi... Aduhh Duit lagi.. Mak aii... Tudung putih lagi... Mak aiii, tudung putih dah la ada 1 je. Zara banyak lagi ko XBELI!!!!!!!!!!!!!!... MASAK AKU sem depan.



Ohhh NikAH KahWin!!!!!!!

Hai... 
Besala... bukan kaki blogger, tapi nak update jugak. :D
Demam Adam Hawa dah berlalu, skang tiba la masa lak demam Drama Bersiri Hingga Hujung Nyawa... Oppppss Salah pulak, Setia Hujung Nyawa la...
Setia Hujung Nyawa ni hasil terbitan SUHAN production, sama la jugak ngan Adam Hawa, cita ni adaptasi novel terlaris  SETIA HUJUNG NYAWA. 
Zara xbaca lagi, tapi tengok cita best and SWEEEETTTTTT sangat tgok Zain Hakimi and Ersalina. ( Tq to kawan Zara yang suggest cita ni)
Skang ni cita ni dah episod 24, tinggal 4 episod lagi nak habis.. Harap happy ending la kan, supaya semua penonton puas hati.. (Luahan sebagai penonton)

Bila tgok cita ni, teringat pulak la pasal nikah kahwin pada usia muda. Tahniah diucapkan kepada Kawan2 Zara yang dah mendirikan rumah tangga, yang dah bertunang, yang akan bertunang, yang dah mempunyai anak. Sejuk hati tengok korang. Macam best pulak kahwin awal... (nak jugak leh x hehehe :P)
Harap masa Zara akan tiba kelak ( kawan2 doakan ye, Zara doakan kepada kawan2 mendapat jodoh yang dirahmati ALLAH SWT, AMIN)

Sambung balik ngan drama adaptasi novel, Drama bersiri Sehangat Asmara (Rita & Adi Putra), best jugak.. Jangan lupa tengok Astro Mustika HD Saluran 143 (Isnin-Rabu SAHAJA)


Kuih Rojak Resepi mama zara

640 Ml. kicap pekat
480 gm otak udang
50 biji cili kering
1 kilo gula putih
1 kilo gula merah
400 gm tepung jagung
belacan, garam dan asam jawa.

1. Masak gula merah dan tapiskan
2. Rebus cili kering dan kisar sehingga lumat bersama belacan dan tapis.
3. Perah air asam jawa dan masukkan semua aduanan kedalam kuali dan kacau sehingga pekat.

3. Bahan sampingan - kacang dan bijan.