2011/2012
Friday, June 29, 2012
Wednesday, June 27, 2012
BILA HABIS EXAM
27.6.2012 (Rabu)
Tempat : Kolej Tun Syed Nasir, UKM kampus Kuala Lumpur
Hmmmm.. Hari ni habislah penyiksaan zara ngan kawan2 yang dh berjuang hampir 2 minggu lebih untuk jawab final paper tahun 2.. rasa lega dapat habiskan semua paper. Amin... tenang sikit hati... Apa lagi, zara pas habis exam mula nak menghabiskan duit... adoiii apa nak jadi ngan zara ni.. xpe2 bukan selalu nak boros cmni cuma after exam je buat hahahahaha....
Bagi teman2 ku yang masih lagi dalam mood exam, teruskan usaha anda, fokus pada study anda.. tenangkan hati.. kalau time baca buku tu rasa gelisah, xleh nak fokus, xleh nak menghafal.... amik la wujud , dirikan solat, baca AL-QURAN, berzikir, al-fatihah untuk ibu bapa dan baca surah Insyirah 9 kali.. cubalah insyaAllah anda pasti akan tenang tapi kena niat kerana Allah SWT.. selamat mencuba teman2.. Zara mendoakan yang terbaik untuk kalian
Tuesday, June 26, 2012
Raya dah nak dekat ni... anda boleh try resepi ni untuk biskut raya tahun ni dirumah anda.. selamat mencuba
Choc Roshe
Bahan-bahan
400 gm tepung gandum (3 1/3 cup)
80 gm tepung jagung (1/2 cup)
120 gm gula icing (1 cup)
100 gm badam mesin
1 biji telur merah
350 gm buttercup
Coklat masakan
1 kilo kacang tanah telah dikisar
Paper cup
PENYEDIAAN BAHAN
BAHAN A
1. Ayak tepung gandum sebanyak 3 kali
BAHAN B
1. Masak badam seketika
2. Sukat tepung jagung dan ayak
3. Satukan badam dan tepung jagung di
dalam 1 bekas
BAHAN C
1. Sukat gula icing dan masukkan ke
dalam 1 bekas
2. Masukkan buttercup ke dalam bekas
yang mengandungi gula icing
3. Putar kedua-dua bahan sehingga putih
4. Apabila putih masukkan telur merah ke
dalamnya
CARA
PEMBUATAN
1. Campurkan Bahan B ke dalam Bahan C
2. Putar kedua-dua bahan tersebut
3. Masukkan Bahan A sedikit demi sedikit
sehingga menjadi 1 doh
4. Bulatkan adunan sebesar guli
5. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar
pada 180ᵒC selama 10-15minit
KASIH IBU YANG TIDAK TERHINGGA
mama zara ROBIAH BT ALI.. LOVE U MAMA
Betapa besar jasa ibu pada kita,
Ibu banyak berkorban demi hidup kita.
Ibu bersusah payah melahirkan kita,buah hati yg sgt dia sayang.
Betapa ibu sayang kita semenjak dlm kandungan.
Walaupun ibu terpaksa menahan loya,walaupun ibu juga terpaksa muntah kerana kehadiran kita di dalam rahimnya.
Inilah derita yg selama ini kita tidak pernah ambil tahu,kita hanya tahu bahawa mereka adalah ibu kita.Kita tidak pernah mahu bertanya betapa susahnya ibu berjuang mengandung dan melahirkan kita ke dunia ini.
Semuanya itu tidak dapat menghapuskan bahagia dihatinya.
Ibu bahagia kerana memiliki kita,sebagaimana kita sepatutnya bahagia apabila memiliki dia.
Pesanan utk semua anak,sayangilah dan hargailah ibu anda dengan segenap jiwa anda.
Pesanan utk semua suami,cintailah isteri anda dgn sepenuh hati di atas pengorbanan mereka mengandung,melahir,menyusu dan mendidik anak.
daripada post Ustazah Bahiyah.. semoga kita mendapat pedoman bersama
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kuih Rojak Resepi mama zara
640 Ml. kicap pekat
480 gm otak udang
50 biji cili kering
1 kilo gula putih
1 kilo gula merah
400 gm tepung jagung
belacan, garam dan asam jawa.
1. Masak gula merah dan tapiskan
2. Rebus cili kering dan kisar sehingga lumat bersama belacan dan tapis.
3. Perah air asam jawa dan masukkan semua aduanan kedalam kuali dan kacau sehingga pekat.
3. Bahan sampingan - kacang dan bijan.