Pages


Search

Monday, December 3, 2012

OOOHHHH NOOO!!!!!!!!!

Adoiinyaiiii!!!!!!!!!!!!!!!
Bila kerja nak habis ni, xhabis2 dari mula semester sampai la ke akhir semester. saat-saat akhir semester pun, assignment bertambah. Bukan dah bertambah saja ni, dah bertambun pun..
HUHU :'( 
Ni la hidup seorang pelajar... Assignment memang menguji kesabaran betul. 
Anyway best sebenarnya jadi pelajar ni, banyak benda kita belajar. contohnya : belajar pasal subjek kita, pasal pasal kawan2, belajar tentang kehidupan sekeliling, ragam manusia dan ragam dunia. hehe.

AKU BANGGA MENJADI DIRIKU SEADANYA
TERIMA KASIH YA ALLAH SWT :)


PAGI YANG MENGANTOK!!!

Pagi pagi gini, kalau budak sekolah yang tengah cuti tu masih lagi dok tidur atas katil yang empok. zara lak kena bangun sebab ad kelas pagi.. AAAAAAAHHHHHHH!!!!!!!! TIDAKKKKKKKKKK!!!!!!!!! nikmatnya tidur. hehehe. Anyway untuk pelajaran kan you all , mesti la kena bersusah dulu kalau nak berjaya..
Dalam kita tengah seronok2 kat MALAYSIA ni, apa kata kita amik 5 minit untuk berdoa kepada rakyat Palestin yang tengah bertungkus lumus menyelamatkan diri daripda zionis yang kejam.
SEMOGA KITA SENTIASA DIBERKATI ALLAH SWT.
AMIN..

Sunday, December 2, 2012

LUAHAN HATI SEMATA_MATA

Salam semua.. macam dah lama je zara xupdate blog... 

Family zara ada buat "FAMILY DAY" nanti dekat TAMBUN...
Memang best sebab jarang family zara jarang buat family day. Ngn T-shirt berbagai hahaha. Zara incharge bab BAJU hehe. Hopefully hasil baju tu ok la kan. Anyway zara xkisah pun, asalkan ada juga baju family. Banyak sedara mara nk turun, ada dari kedah, johor, KL. Hmm best2. Mama zara cam ada nak buat game, hmm agak2 dibenarkan ke x ek. Eleh bukan game besar - besaran pun, kecil - kecilan je. hehehe.Mama siap budget nk bg hamper lagi dekat pemenang. Tapi 1 jela hamper, banyak2 xmampu la hehe. 
Malam 8.12.2012 pulak ada dinner MSU. Banyak sungguh aktivti zara time tu. mesti letih. Dah la 9.12.2012 (ahad) nak balik KL lagi, ada presentation lagi next day, adoii. TIDAKKKKKK.. Harap2 semua berjalan lancar la kan. You all doakan zara dan family.

 Hari yang ditunggu mesti akan sampai, tapi dalam kegembiraan nak tunggu hari tu, sedih pun ada gak. Semestinya kalau seronok terlampau ada jugak kesedihan diselitkan supaya kita ingat siapa kita sebenarnya. HANYA INSAN BIASA, MANUSIA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH SWT YANG MENETUKAN DAN MENCORAKKAN PERJALANAN SETIAP MANUSIA.

Sunday, November 4, 2012

JOM PERIKSA DENGAN SAPA KITA BERGAUL

Assalamualaikum. Hai. dah lama zara xupdate blog ni. hehe. 
Harap semua sihat la kan. Musim hujan skg ni. Ikut la petua orang tua-tua "SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN", hahaha. ni nak mengelakkan demam kan. Erti maksud lain pun boleh aja hahaha.

Ni ada zara nak share ngan ampa (means anda semua) hehe bahasa kedah sat noo. Ada 8 golongan manusia yang kita bergaul. Jom check sama2 jom :D

1. Bergaul dengan orang kaya akan menambah kecintaan pada harta
2. Bergaul dengan orang miskin akan bertambah sifat redha
3. Bergaul dengan orang penguasa akan bertambah sifat takbur
4. Bergaul dengan wanita/lelaki bukan mahram bertambah syahwat
5. Bergaul dengan kanak-kanak akan bercinta dengan permainan
6. Bergaul dengan orang fasik akan bertambah keberanian membuat
   maksiat dan melambatkan taubat
7. Bergaul dengan orang soleh akan bertambah keseronokan berbuat
   amalan kebaikkan
8. Bergaul dengan orang alim (Ulama) akan bertambah ilmu dan
   semangat untuk mengamalkan agama

SUMBER : TWITTER DR ANWAR FAISAL

Sekadar berkongsi dengan anda... :D 
Kepada adik2 yang nak jawab SPM n nak amik result PMR semoga berjaya. 



Saturday, October 20, 2012

zaralaura : WELCOME FRIENDS: CHOCOLATE

zaralaura : WELCOME FRIENDS: CHOCOLATE: Hai semua... cuti2 ni zara kadang2 malas nak buat mende kan. so cari la pakcik google sebagai teman dalam bilik hehe :).. hmm tiba2 teringin...

CHOCOLATE

Hai semua... cuti2 ni zara kadang2 malas nak buat mende kan. so cari la pakcik google sebagai teman dalam bilik hehe :).. hmm tiba2 teringin nak tahu kebaikan chocolate. dok dengaq orang kata chocolate ni xbaik tuk kesihatan tapi kenapa ramai yang amik especially yang dok oversea kan (time2 sejuk). 
Dalam dok berdating ngan pakcik google, terstop lak kat satu web ni cita pasal kebaikan coklat. apa lagi baca la walaupun minat membaca kurang. hehe


Dalam web ni bgthu banyak upanya kebaikan coklat. one of it is lowering cholestrol level. Sound weird kan. hehe. Sebenarnya dalam koko ada lemaknya, tapi lemak koko ni bagus sebab dia boleh merendahkan paras cholestrol. Sebabnya dia ada oleik (PUFA). If korang nak tahu PUFA tu apa, tanya je pada pakcik google / pakcik mozilla / pakcik explorer hehehe. 



Nak thu lagi hehe.. zara baca, koko ni jugak ada bahan anti-kerosakan gigi. hmm kelas kan ciptaan ALLAH. BEST!!!. (SUBHANALLAH). Haa sebab lain lemak koko ni bagus mengelakkan kerosakkan gigi sebabnya characteristic lemak koko ni mudah cair. 

Tanpa kita sedar, lemak koko ni juga blh kurangkan penyakit jantung. Hmm news yang bagus untuk seorang DIETITIAN. hehe mentang2 belajar pasal makanan kan. :).. mengikut pembacaan zara, dalam koko/serbuk koko ni ada phenol iaitu bahan yang menghalang lemak teroksida di dalam darah dan menghalang lemak terkumpul dalam arteri. Bila dah menghalang tersumpat arteri of course la boleh prevent arthereosclerosis kan.hehe. 





Mengikut pendapat zara sendiri, sebab orang oversea amik coklat time sejuk sebabnya, coklat menyumbang banyak tenaga kerana bentuknya padat. Makanan yang berbentuk solid lebih banyak memberikan kalori berbanding makanan yang berbentuk cecair. :). Kalau nk ikutkan kajian yang dilakukan oleh para2 saintis ni, mereka menyatakan koko has lower kafein, so xsia2 la zara minat hot coklat hehe.






Friday, October 19, 2012

TO MY FRIEND

PLEASE WATCH THIS AZNIDA KAMARUDDIN. I INSIST YOU TO WATCH THIS. HEHE :)

Thursday, October 18, 2012

LARIAN SEMPENA SAMBUTAN HARI FAKULTI SAINS KESIHATAN KE-20 (UKM KAMPUS KL)

Hari sambutan fakulti sains kesihatan UKM kampus Kuala Lumpur berlangsung seminggu. Start dari Isnin (15/10/2012) sampai Jummat ni (19/10/2012). Macam-macam aktivti yang menarik. Ketua projek ni ialah PM Dr Balkis Budin. Beliau ialah pensyarah Program Biomedic dan merupakan Ketua program Biomedic untuk sesi 2012/2013. Wah.. zara ucapkan TAHNIAH la buat Dr Balkis. Hari 1st biasala kan mesti ada opening ceremony. hehe.. Zara join. Best la. VVIP yang hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UKM dan Naib Canselor UKM. Anda boleh tanya pak cik GOOGLE la ek nak tahu sape. mesti suma orang besa nampak muka beliau kat media. :) . Zara tak snap gamba la pulak kan. hmm lupa ada blog. :). anyway snap guna mata simpan dalam hati. Then hari ketiga pulak ada ceramah untuk staff. Petang pulak ada larian 5km Custom Fun Run. Ni yang nak expose lebih skit. Zara and coursemet join. punya la semangat kan. untuk tatapan semua zara ada attach gambo ni. tgok tau. Selamat menonton









































haaa.. ni semuanya gambar time larian tu. actually bukan time larian hehe.. action je lebih. gambar ni taken before and after larian hehe :). Comel x pensyarah zara. Comelkan..hehe

Dah habis larian ada pulak keinginan zara nak buat photoshoot. hehe. mood sampi secara tiba3. TIINNNGG (masuk dalam otak) hehe.. Jom sambung lgi tgok gambar. ENJOY!!!





















hahaha. happy tak tengok picture ni??? hopefully happy la kan. hehe. After larian ni ada pulak ceramah jati diri 18/10/2012. xdak gambar la hehe. sowiii. Tu je la aktviti untuk students sempena SAMBUTAN 20 TAHUN FAKULTI SAINS KESIHATAN. xbuat banyak aktivti pun, masing2 sibuk hehe. ok la. tu je nak cita. Hope you guys can share sweets momments bersama zara. Assalamulaikum

Kuih Rojak Resepi mama zara

640 Ml. kicap pekat
480 gm otak udang
50 biji cili kering
1 kilo gula putih
1 kilo gula merah
400 gm tepung jagung
belacan, garam dan asam jawa.

1. Masak gula merah dan tapiskan
2. Rebus cili kering dan kisar sehingga lumat bersama belacan dan tapis.
3. Perah air asam jawa dan masukkan semua aduanan kedalam kuali dan kacau sehingga pekat.

3. Bahan sampingan - kacang dan bijan.