Pages


Search

Thursday, May 26, 2011

lirik dikir barat special edition

DIKIR TERIMA KASIH
Kami semua pelajar KTSN
Rasa sangat berbesar hati,
Dapat ikut program ini,
Sambil-sambil makan angin,
Terima kasih pada penganjur,
Dan juga rakyat di sini,
Tanpa rasa berat hati terima kami di sini.

Terima kasih 3x
Dari kami

Felda Ayer Hitam nama diberi,
Suasana nyaman sekali,
Masyarakatnya berbudi ,
Hidup dalam suasana harmoni,
Susah payah kami di sini,
Bantuan sentiasa diberi
Tanpa letih tanpa lesu, bantu kami di sini.

Terima kasih 3x
Dari kami

Kami semua berbesar hati,
Rakyatnya berbudi pekerti,
Hidup dalam integriti,
Kerjasama dan toleransi,
Dari awal sampai hari ini,
Aman bahagia kami di sini,
Masyarakat berwibawa kami pun sanjung tinggi.
 
Terima kasih 3x
Dari kami.

Terima kasih pada penganjur,
Dan juga rakyat di sini,
Segala budi hormat sanjung,
Kami semua berundur diri,
Segala salah dan kelemahan,
Kami mohon sepuluh jari,
Harap-harap kita semua jumpa lagi.

Terima kasih 3x
Dari kami.

dikir barat kampus kl

PERPISAHAN SAHABAT

25 MEI 2011
hari ni zaralaura ada dinner ngan kengkawan mama zaralaura sempena perpisahan diaorang.. maklumlah dah nak pencen semua.. huhu sedih pulak.. xdapat dah nak dok kat kuarters... banyak benar kenangan zaralaura kat hospital selama.. mana taknye sejak lahir lahir dok kat cni.. nak pisahakan bagaikan xmampu je.. huhu.. hujung tahun ni mama zaralaura dah nak pencen follow with her friends... pada kengkawan yang penah bagi kenangan kat umah zaralaura, harap korang xsedih la ek.. moga kenangan yang kita ukir ni sentiasa ada dalam hati korang jgn buang2 ek.. xbaik tau hehe.. Dinner ni memang best la.. para ibu bapa yang come bg support yang memberangsangkan. supporting la you guys.. ada yang menari, menyanyi n xtahan bersajak pun ada.. bukan sajak tiruan tapi sajak bikin sendiri ooo... jgan main2.. ingat nurse2 ni pandai cucuk orang je ke... sastera2 pun terror... kalau dapat himpun bebudak hospital yang dulu kala penah main sama2 ngan zaralaura sure lagi happening... kire cm gathering gitu.. wahh... kat bawah ni ada la ckit picture yang zaralaura dapat snap.. ada yang xberapa nak clear

Wednesday, May 25, 2011

NUR KASIH THE MOVIE

24 MEI 2011 (SELASA)

hari n bertarikh di atas zaralaura, mama yang tersayang, umi (anak sedara) n kak g my cousin pegi sunway carnival mall... hehe apa lagi buat kat cni kalau xatgok wayang.. NUR KASIH THE MOVIE jadi pilihan zaralaura.. movie ni memang best.. tgok malam2 baru layan perasaan kan hahaha.... sedih ada, romatik ada, action ada.. memang cukup lengkap la.. xrugi tgok cita ni... but bagi sesapa yang xminat cita slow2 ni.. susah la.. takut tertidor pulak dalam panggung kang hehehe....
cita NUR KASIH ni macm besa la ketabahan NUR AMINA (TIZ ZAQIYAH)... dalam cita ni alia isteri aidil dah kembali ke rahmatullah sebb accident... aidil dikurniakan 2 cahaya mata laki n pompuan.. yang pompuan 2 adik mia sara la.. sangat comel la dia dalam movie ni.. Nur amina mengalami 2 kali keguguran dan dia sangat sedih namun hati yang kuat dia tabahkan hati menerima ujian ILAHI.. adam n nur melancong ke jordan untuk tenangkan fikiran dan mendekatkan diri dengan ALLAH.. adam ni mengalami masalah dalam jantung sbb ada bahan kimia yang terlekat dalam badan dia waktu letupan di mumbai kot waktu dalam nur kasih the series at tv3.. pastu nak tahu lagi korang suma kena la p tgok wayang... SELAMAT MENONTON!!!!!!!!!!!!!!!



KHIDMAT MASYARAKAT (FELDA AYER HITAM, JOHOR)

BERSAMA IBU ANGKAT DAN ADIK ANGKAT (SYAKILA)

DIKIR BARAT

CIKGU SEMENTARA
Alhamdulillah... akhirnya selesai jugak khidmat zaralaura di JOHOR... Ingat 5 hari 2 cam lame jer... padahal sekejep je pon.. pejam mata bukak mata, tgok2 dah 5 hari... Pengalaman kat Johor memang best... ni 1st time zaralaura terlibat dengan masyarakat di Felda... Diaorang memang ok la... peserta yang terlibat pun suppporting... Projek ni melibatkan student UKM BANGI AND KL.. So kitaorang boleh la kenal2 ngan student2 bangi... Zaralaura pun dapat family angkat kat Johor... Family angkat baik sangat... sentiasa menerima kehadiran zaralaura ngan housemate fatin nadiah dengan hati terbuka... sedap giler masakan mak angkat... aduh... bila la boleh makan lagi... teringat pulak kat fatin nadiah (student ukm bangi)... Fatin ko memang ngam ar ngan aku... xrasea janggal pun dok ngan ko walaupun baru kenal...

Kat Johor jugak, zaralaura and geng bebudak JPD ( my department ) dapat praktis cara kitaorang kerja after grade nnti (INSYAALLAH)... bukan senang nak jadik dietetion and nutrition ni.. kena layan mcm2 jenis kerenah patient.. zaralaura berpeluang handle patient yang sangat cerewet... aduh memang susah nak confidentkan diaorang... aduh..aduh..aduh...

Malam kebudayaan memang happening giler... macam2 persembahan ada examples yang zaralaura ingat la kan, ada tarian, teater ali baba bujang lapok, nyanyian n paling xlupa DIKIR BARAT LER.. DIKIR BARAT NI KHAS DARI STUDENT UKM KUALA LUMPUR.. persembahan kitaorang dapat sambutan (ALHAMDULILLAH)... For penyanyi, pemain muzik n pencipta lirik xlupa gak peserta dikir barat : kita memang hebat hehe..

For keluarga angkat : tq so much sebb terima kami sebahagian keluarga mak cik n pakcik.. for adik angkat miss u sis...

For budak2 JPD, we have great time together at johor... walaupun xsuma yang pegi..

Kuih Rojak Resepi mama zara

640 Ml. kicap pekat
480 gm otak udang
50 biji cili kering
1 kilo gula putih
1 kilo gula merah
400 gm tepung jagung
belacan, garam dan asam jawa.

1. Masak gula merah dan tapiskan
2. Rebus cili kering dan kisar sehingga lumat bersama belacan dan tapis.
3. Perah air asam jawa dan masukkan semua aduanan kedalam kuali dan kacau sehingga pekat.

3. Bahan sampingan - kacang dan bijan.